Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama') AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.
Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat, Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan.

Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS.

Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan