Khamis, 20 November 2008

KEM JAMBORI AMAL GOMBAK 08

Program kemuncak Jabatan Amal Gombak disertai oleh 264 orang remaja dan belia dari sekitar Gombak. Seramai 90 orang remaja dan belia adalah dari Dun Gombak Setia. Antara tujuan program tersebut diadakan ialah merekrut dan memperkasakan keahlian Unit Amal DPPK Gombak. Selain itu ia juga merupakan salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan modal insan DPPK Gombak khususnya kepada golongan remaja dan belia di Gombak.



Menurut pengarah program, Normazali Zainal, program kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan belia dan remaja sehinggakan penyertaan terpaksa ditutup kerana melebihi sasaran. Para peserta telah telah diberi penerangan dan penjelasan berkenaaan Unit Amal oleh Pengarah Unit Amal Pusat sendiri iaiitu Ust Jamsari.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program tersebut ialah Latihan Dalam Kumpulan, osbtackle games, flying fox, amal race, kembara malam dan banyak lagi. Para peserta kelihatan berpuas hati dan gembira kerana aktiviti program yang mencabar