Rabu, 28 April 2010

JAMBORI AMAL GOMBAK 2010


PENDAHULUAN

Jabatan Amal adalah merupalkan satu badan sukarelawan berunifon yang berada di bawah naungan Dewan Pemuda. Ianya ditubuhkan sejak 20 tahun yang lalu di Negeri Terengganu. Banyak perubahan dan pencapaian yang telah dilakukan oleh Jabatan Amal dalam tempoh 2 dekat tersebut khusunya bagi mereka yang mengikuti perkembangan pergerakan Jabatan Amal dari masa kesemasa dimana Jabatan Amal ini pernah digelar ”Tentera Merah ”.

Jambori kali ke 17 yang diadakan pada tahun ini akan dijadikan satu medan utama untuk mengumpulkan seluruh anggota Amal kearah memperkasakan gerakan Amal dalam memenuhi tuntutan sebagai ” Duta ” parti selaras dengan tujuan penubuhannya. Disamping itu juga jambori ini diharapkan akan dapat mengempur kesedaran dan peranan yang harus diambil perhatian serius anggota Amal yang pada masa kini cukup mencabar.

MATLAMAT

Matlamat utama program ini ialah untuk melahirkan insan cemerlang yang memiliki jati diri yang mantap melalui sikap positif, berkeyakinan tinggi, berani, berdisiplin, menghayati nilai-nilai agama serta sifat kasih sayang dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

SASARAN PESERTA

1. Golongan pemuda sekitar 18 tahun ke atas.
2. Pemuda UKJ setiap DUN.
3. Belia cawangan DUN

PERLAKSANAAN

Tarikh : 8 & 9hb Mei 2010
(Sabtu dan Ahad)

Maklumat Lanjut & Borang Penyertaan hubungi:
019-6101782 (Mazali) 018-3997940 (Rafiq)

Ahad, 18 April 2010

Unit Amal Bertugas

Jabatan Amal Gombak bertugas semasa Pesta Sukan Pasti Gombak 2010 di Padang Taman Gombak Ria.

Pada sebelah malam Jabatan Amal Gombak sekali lagi bertugas di Masjid Amaniah semasa Kuliah Maghrib Dato' Ismail Kamus.

Ahad, 4 April 2010

ANUGERAH JABATAN AMAL GOMBAK TERBAIK

Gombak: Jabatan Amal Gombak mendapat Anugerah terbaik diperingkat Daerah Gombak Ketua Komander Sdr Normazali Zainal menerima Anugerah Komander terbaik.

Ketua Pemuda PAS Gombak Ustaz Syarhan Humaizi sedang memberi butang pangkat kepada Ketua Komander.

Manakala Sdr Zainuddin menerima Anugerah Penyelaras Jabatan Amal Gombak terbaik yang disampaikan oleh Ustaz Syarhan Humaizi.

Anugerah ini disampaikan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak (DPPG) kali ke-15 baru-baru ini.

Khamis, 1 April 2010

BANJIR LUMPUR KEMBALI MELANDA DI BATU CAVES

Sekali lagi Banjir Lumpur melanda di Batu Caves: Seramai 30 orang Unit Amal Gombak dan Briged Amal Gombak turun membantu mangsa banjir di beberapa tempat di Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sungai Kertas, Di Ketuai oleh Sdr Normazali Zainal.


Di antara tempat yang terlibat ialah Di Kampung Nakhoda: Jalan Nakhoda, Jalan Nakhoda 14, Jalan Nakhoda 15, Jalan Nakhoda 20, Jalan Nakhoda 22. Manakala di Kampung Laksamana: Jalan Laksamana 9, Jalan Laksamana 10.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan dari jam 6:30ptg sehingga jam 1:20pg dengan kerjasama Unit Amal Gombak, Briged Amal Gombak, (Pemuda PAS Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang), JKP Zon 13, JKKK Kampung Nakhoda dan Yang turut hadir ialah Kepimpinan Pemuda PAS Gombak dan Negeri Selangor.



































Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam Misi Bantuan Mangsa Banjir kali ini.