Sabtu, 20 Mac 2010

Remaja Gombak berlibur di Rehlah Amal 2009

GOMBAK - Seramai 40 orang remaja dari Hulu Kelang dan Gombak telah dikumpulkan dalam satu program Rehlah Amal 2009 di Kawasan Rekreasi Empangan Klang Gates pada 5 Disember 2009 lepas. Program anjuran Pusat Khidmat Komuniti Muda dan Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Gombak ini telah memilih UKJ Hulu Kelang sebagai tuan rumah.

(gambar) Ucapan perasmian oleh Ketua DPPG, Ustaz Syarhan

(gambar) Sesi bergambar dengan semua peserta, urusetia dan fasilitator

(gambar) Ceria mendapat hadiah walaupun kalah

Menurut pengarah program, saudara Muthanna, objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan sedia ada antara naqib dengan para ahli Usrah Amal masing-masing. Selain itu objektif program ini juga adalah bagi membina semula hubungan antara ahli UKJ Hulu Kelang dan Pemuda Gombak dengan bekas peserta-peserta Jambori Amal 2008, Kembara Amal 2008, Ekspedisi Bukit Tabuh 2008 serta kepada pelajar-pelajar kelas mengaji di seluruh DUN Hulu Kelang dan menurut beliau, objektif-objektif yang digariskan ini mencapai sasaran melalui progam setengah hari ini.

(gambar) Solat tiang agama

(gambar) Acara memanaskan badan ala-ala kungfu Gombak

Bertemakan "bersama mencambah minda, mengukuh jatidiri dan memantap ukhuwwah", program setengah hari ini dianjurkan bagi mengajak remaja ini terlibat dalam program yang sihat sempena cuti persekolahan hujung tahun ini. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Ketua DPPG, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim sebelum diserahkan kepada Abang Naseem selaku Ketua Fasilitator untuk mengendalikan acara ice-breaking dan game.

(gambar) Abang Naseem sedang menyampaikan khulasoh permainan

Selesai permainan, Ketua Fasilitator membuat sedikit khulasoh atau ringkasan kepada permainan yang telah dijalankan, sedikit sebanyak menerangkan kepada para peserta objektif permainan tersebut dan perkaitaannya dalam kehidupan sehari-harian sebagai seorang muslim. Dan akhirnya acara yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta dan urusetia, iaitu acara mandi sungai.

(gambar) Begitu teruja dapat mandi sungai

(gambar) Para bapa 'mithali' menemankan anak masing-masing

Dengan cuaca yang baik dan keadaan sungai yang juga baik dan selamat, para peserta diberi masa sehingga sejam untuk bermandi-manda. Jelas kelihatan kegembiraan terpancar di wajah para remaja ini dapat berlibur dan bersantai selepas sepanjang tahun menghadap sesi persekolahan yang panjang.

Isnin, 8 Mac 2010

Konvensyen Jabatan Amal 2010

Kepada seluruh warga Jabatan Amal Malaysia agar senantiasa bersedia untuk turun ke medan bagi melunaskan slogan Al A'malulillah [ Amal Kerana Allah ] tanpa sebarang alasan dan dolak dalih biarpun sukar dan getir . Kalian adalah Duta Penyelamat dan Kasih Sayang .

Konvensyen Jabatan Amal Pusat telah betlangsung dengan jayanya, Konvensyen kali ini bertemakan "Memasyarakatkan Amal" dan telah di hadiri lebih dari 300 peserta dari seluruh negara.

Konvensyen kali ini dilihat lebih bertenaga berbanding yang lepas dimana kali ini pebahasnya diberikan kepada Jabatan Amal negeri masing-masing yang berbakat dalam sesi soaljawab.

Program sehari tersebut yang di adakan di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kuala Terengganu telah di mulakan dengan pemeriksaan perbarisan anggota Briged Amal dan Unit Amal oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Nasharudin AtTantawi.

Selepas merasmikan konvensyen tersebut, Ustaz Nasharudin At-Tantawi melancarkan Logo Unit Amal dan dalam masa yang sama telah melancarkan satu unit baru dalam Jabatan Amal yang di kenali sebagai Briged Amal.

2 kertas kerja telah di bentangkan di dalam konvensyen tersebut yang telah menghuraikan perjalanan Amal selepas 19 tahun di tubuhkan dan halatuju Amal seterusnya.