Khamis, 11 Disember 2008

TRAGEDI TANAH RUNTUH

Bukit Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak melalui Unit
Amal Gombak telah terpanggil untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa
tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.


Hampir 30 petugas Unit Amal Gombak menyertai misi tersebut yang diketuai oleh Sdr Normazali Zainal, Ketua Penyelaras Unit Amal Gombak.


Antara bantuan yang diberi ialah menyediakan makanan kepada petugas-petugas dan mangsa di tempat kejadian dan juga membantu mangsa memindahkan barang-barang daripada rumah
mereka.

Unit Amal Gombak sedang menghulurkan makanan kepada petugas-petugas JKR ditempat kejadian tanah runtah.

Unit Amal Gombak juga sedang membantu pihak JKR dalam Misi Bantuan Kemanusian.

Misi seperti ini merupakan tugas biasa Unit Amal Gombak sekiranya berlaku musibah & bencana diseluruh negara, seperti peristiwa tsunami di Kedah, Banjir di Johor, Pekan dan banyak lagi.