Rabu, 1 Disember 2010

PERKHEMAHAN KEBANGSAAN JABATAN AMAL MALAYSIA

Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform Jabatan Amal Malaysia.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang anggota tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para anggota juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Teras Lima Amal. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

Latar Belakang

Perkhemahan ini bertempat di Sungai Udang, Melaka, bermula dari 3 Disember 2010 dan ber akhir pada 5 Disember 2010.

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Pada tahun ini, dijangkakan sejumlah 354 orang peserta dari Negeri Selangor akan menyertai Perkhemahan Jabatan Amal Malaysia Kali Pertama. Program ini akan melibatkan sejumlah :

Urusetia negeri = 13 orang.
Pemimpin negeri = 13 orang.
Jurulatih = 4 orang.
Pasukan Syabab = 20 orang
Pasukan Briged = 40 orang.
Anggota dari Kawasan (12 orang x 22 Kaw.) = 264 orang.

Jumlah 354 orang

bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pertandingan, rekreasi,dan kerohanian dalam perkhemahan.

Di minta komander kawasan pastikan anak buah masing2 mengambil bahagian yang serius dan bertangungjawab atas penyertaan yang di masuki . Ini untuk memastikan Kontijen Amal Selangor dapat membawa pulang kejayaan yang diharapkan.

Penyertaan adalah dari Anggota Unit Amal Kawasan sahaja. Dan setiap kawasan dikehendaki menghantar minima 12 anggota.

Bayaran pendaftaran Wajib adalah sebanyak RM100 untuk setiap kawasan dan RM20 bagi setiap peserta.
Setiap Unit Amal Kawasan diminta membawa khemah masing-masing & peralatan aktiviti di tapak perkhemahan : Peti Pertolongan Cemas, gergaji, cangkul, tali, parang dan yang berkaitan.

Setiap Peserta Jambori diminta membawa :

i. Pakaian Jabatam Amal No.3 (rujuk lampiran 1) Lengkap Berkasut Hitam
ii. Selauar & T-shirt secukupnya
iii. Pakaian Riadah / Sukan termasuk Kasut
iv. Pakaian Ibadah
v. Ubatan Peribadi
vi. Pinggan, gelas camca (bukan kaca)

Aktiviti

1. Pertandingan ANTARA PASUKAN

i. Memasak
ii. Masakan Hotel – 5 orang
iii. Masakan Rimba – 5 orang

2. Seni Perkhemahan (Pasukan dan pemimpin )

i. Pintu Gerbang
ii. Gajet
iii. Kraf Perkhemahan
iv. Layout perkhemahan


3. Persembahan Briged

i. Pidato – 2 orang
ii. Nyanyian – 10 orang
iii. Lakonan – 10 orang

4. Pertolongan Cemas – 20 orang

5. Ihktiar Hidup – 10 orang

6. Meredah Halangan – 15 orang

7. Amal Race – 15 orang

8. Pandu Arah – 20 orang.

9. Kawad Formasi – 40 orang.

10. Permainan Tradisonal – 10 orang

Oleh itu, semua Komander Unit Amal Kawasan diharap boleh menyediakan pasukan Unit Amal Kawasan masing-masing bagi menyertai dan seterusnya menjayakan Jambori Amal Kebangsaan 2010.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sdr Nazri (ketua Kontinjen) 017-3333441 atau Hj Azsmi 019-2568820.

Berjumpa dan Berpisah hanya mengharapkan keredaan Allah swt. Amin

Isnin, 15 November 2010

ANGGOTA UNIT AMAL GOMBAK KEMALANGAN

Tanjung Malim – Satu kemalangan telah berlaku yang melibatkan sebuah kereta yang dinaiki oleh petugas-petugas anggota Unit Amal Gombak di dalam konvoi Misi AMAL Bantuan Banjir di Kedah, kira-kira jam 3 pagi tadi di Tanjung Malim, Lebuhraya PLUS.


Meraka yang terlibat di dalam perjalanan pulang daripada Kedah selepas sehari suntuk bertugas untuk membersihkan kesan-kesan banjir di Kedah.

Sahabat-sahabat Pemuda PAS Gombak yang terlibat ialah; Sdra Muhammad Fadzli Abu Bakar, Sdra Mohd Helmizan Abdul Karim, Sdra Fadhli Bin Ilias, dan Sdra Muhammad Iqbal Salehhuddin.

Kemalangan berlaku apabila kereta tersebut mengelak daripada sebuah kenderaan yang terlibat kemalangan lebih awal daripada itu.
Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Hanya kecederaan ringan dan Sdra Iqbal dikejarkan ke hospital berhampiran.

Moga Allah berikan yang terbaik untuk mereka, kerana perjalanan pergi balik mereka adalah jihad!

Gambar-gambar ini diambil daripada FB Ustaz Nasruddin Hassan, yang turut melalui jalan itu, pulang daripada misi yang sama.

Khamis, 12 Ogos 2010

"OPS AMAL BERSIH" BANJIR KILAT KG. LAKSAMANA

"Ops' Amal Bersih" Banjir kilat di Kampung Laksamana, Anggota Unit Amal Gombak turun membantu mebersihkan rumah-rumah yang dinaiki air dari saluran longkang dihadapan rumah mangsa.

Dalam "Ops Amal" ini turut hadir ialah KP Gombak: Ustaz Syarhan Humaizi dan TKP Gombak: Sdr. Azizul Abu Bakar.

Gambar Ihsan: JB

Sabtu, 29 Mei 2010

MAJLIS MAKAN MALAM 2 DEKAD

Hulu Selangor: Majlis Makan Malam Semperna 2 Dekad Jabatan Amal Malaysia (Dewan Pemuda PAS Pusat)

Pihak Jabatan Amal Malaysia menganjurkan Majlis Makan Malaysia Bersama dengan kepimpinan PR dan Jabatan Amal.

pihak penganjur juga mengadakan Ceramah Umum
Penceramah ialah:

1. YB. Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin
2. Y Bhg. Tuan Haji Mohamad Sabu
3. YB. Ronnie Liu


yang sediakan oleh: Sdr. Rafiq

Kor. Penerangan & Penerbit Amal Gombak