Sg Besar, Selangor - Jambori Amal Peringkat Kebangsaan kali ke-17 telah berlangsung di sini dari 30 Oktober hingga 1 November 2009. UKJ Hulu Kelang telah menghantar peserta seramai 9 orang untuk menyertai kontijen Jabatan Amal Negeri Selangor.
Negeri Selangor telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi program Jambori pada tahun ini. Tambahan pula, Unit Amal kini sudah dinaiktaraf menjadi Jabatan Amal selaras dengan perkembangan semasa organisasi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dalam ucapannya beliau memuji kerja-kerja amal yang selama ini telah dilakukan oleh Unit Amal. Kerja-kerja kemasyarakatan, kebajikan dan juga amanah2 parti yang telah dipikul oleh Unit Amal selama ini harus diterus dan diperkasakan.
Tuan Guru Presiden juga membaca beberapa potong hadis yg menyentuh tentang keutamaan kerja-kerja amal jamai kemasyarakatan berbanding hidup bersendirian dan beribadah kepada Allah semata-mata. Pesan beliau lagi, anggota Amal adalah ibarat akar-akar pohon yang mendokongi pohon buah-buahan. Jadilah pohon buah-buahan yang apabila dibaling kepadanya oleh kanak-kanak dengan batu dan kayu, dibalasnya dengan buah-buahan.
Kontijen Amal Selangor segak di Majlis Penutup (Amal Gombak) mendominasi barisan hadapan
Pelbagai acara dilangsung dan dipertandingkan di antara kontijen2 Jabatan Amal negeri-negeri sepanjang 2 hari program berlangsung. Antaranya pertandingan kawad, khemah terbaik, nasyid, pentomin, pidato, masakan survival, tarik tali dan juga acara menyelamat. Di akhir Jambori, juara keseluruhan dimenangi oleh Kontijen Jabatan Amal Negeri Kelantan Darul Naim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan