Logo-logo yang pernah digunakan oleh Jabatan Amal Malaysia bermula dari tahun 1987 hingga 2008
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia pada 4 September yang lalu telah bersetuju dengan perubahan logo yang dicadangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah 4, Sdr Kasim Sabu.
Tujuan perubahan ini adalah sebagai usaha untuk menaikkan taraf Jabatan Amal seperti jabatan-jabatan yang ada dalam kerajaan. Perubahan ini juga adalah supaya Jabatan Amal Malaysia tidak hanya dipandang kecil bagi sesetengah pihak yang hanya melihat tugas Jabatan Amal sekadar mengutip derma di majlis ceramah atau bertugas untuk program-program parti sahaja.
Tangan Berpautan
Ikatan persaudaraan, semangat ukhuwah
dan membantu sesama manusia
Bendera Amal & Globe
Membawa panji-panji 'Amal' kepada semua kaum
dan bersifat global
Mahkota Al-Amal, Bulan & Bintang
Mengutamakan tugasan 'Amal' berdasarkan
prinsip rukun Islam dan teras 'Amal'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan